Nov 1, 2009


IBU...

Dari masa kecilku, aku ditatang,
dimanja dan dibelai,
Tidak pernah dijentik mahupun dipukul sehingga terkulai,
Tidak pernah lupa untuk memberi nasihat kepadaku supaya tidak lalai,
Itulah kasih seorang ibu,
Ibu yang membesarkanku, memberi makan pakai kepadaku,
memenuhi setiap kehendakku, tidak pernah mengenal erti jemu,
Walaupun kadang-kadang sikapku menghiris hatinya,
Namun dia rela,
Demi kebahagiaan aku iaitu anaknya..

Namun kini,
Bila aku sudah meningkat dewasa,
Aku lukai hatinya,
Kerana kedewasaanlah aku jadi begini,
Terlalu besar dosa yang telah ku lakukan,
Kepada ibu ku dan juga kepada Tuhan,

Di saat air mata ini mengalir kerana penyesalan,
Memohon keampunan kepada Tuhan,
Di atas dosa-dosa yang telah ku lakukan,
Kepada ibu ku mohon keampunan,
Sesunggunhnya anakmu ini hanyalah bebanan,

Namun....
Atas namamu insan bergelar ibu,
Akan berjanji, akan menjadi anakmu yang abadi,
Tidak akan melakukan dosa lagi,
Kerana aku mahu dirahmati dan di berkati,
Oleh restu mu ibu sejati......

Kepadamu Tuhan,
Aku menadah tangan memohon kemaafan,
Janjiku pada ibu akan cuba ku tunaikan,
Janganlah kau seksa ibuku kerana kekhilafan yang aku lakukan,
Terimalah aku kembali di sisimu ya Tuhan,
Sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah dan hina........

HidUP MAnuSIA hANYa SEkeTIKA

KERDILNYA INSAN

Kerdilnya insan
Disini tempatnya insan berdiri,
Sujud kepada Illahi,
Deraian air mata berlinangan,
Terkenang kerdilnya insan,

Laungan talbiah bergema,
Setiap kata penuh makna,
Yang tersurat dan yang tersirat,
Menyedarkan kerdilnya insan,
Kaki melangkah mara,
Mulut berkumat kamit,
Hati penuh dengan sendu keinsafan

Terbayang kerdilnya insan,
Mohon keampunan,
Mohon keberkatan,
Penyesalan tidak terhingga,
Kerana kerdilnya insan,

Kini insan mula terjaga,
Dari hidup yang penuh keingkaran,
Gaung kemaksiatan yang membinasakan,
Itulah kerdilnya insan,
Allah maha esa,
Allah maha pemampun,
Allah maha mengetahui,
Akan kerdilnya insan,

kaTaKAnLah wAHai SahAbaT

Duhai Teman Duhai Sahabatku…
Hargailah bila bersahabat… Maafkanlah bila terluka…Fahamilah bila keliru… Nasihatilah bila terleka… Tegurlah bila tersilap… Ingatilah bila kesunyian… Itulah kehebatan ukhwahfillah…

Apabila kau ingin berteman… Janganlah kerana kelebihannya… Kerana mungkin dengan satu kelemahan… Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman… Janganlah kerana kebaikannya…Kerana mungkin dengan satu keburukan… Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu… Janganlah kerana ilmunya… Kerana apabila dia buntu… Kau mungkin akan memfitnahnya…
Andai kau inginkan seorang teman… Janganlah kerana sifat cerianya… Kerana andai dia tidak pandai menceriakan… Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat… Terimalah dia seadanya… Kerana dia seorang sahabat… Yang hanya manusia biasa…Jangan diharapkan sempurna… Kerana kau juga tidak sempurna… Tiada siapa yang sempurna… Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…
Bertemu dan berpisah.. Hidup dan mati hanyalah untukNya….